'1 kotak limau kongsi 3, aku doakan company ni lingkup' - Pekerja tak puas hati, dakwa majikan kedekut - The Reporter

‘1 kotak limau kongsi 3, aku doakan company ni lingkup’ – Pekerja tak puas hati, dakwa majikan kedekut

Baru-baru ini seorang lelaki meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya dengan pemeberian buah limau mandarin oleh majikannya berbangsa Cina.

Menurut lelaki berkenaan, dia diberi sekotak buah limau yang perlu dikongsi bersama dua lagi pekerja lain.

Doa company lingkup

“Satu kotak bahagi tiga (pekerja). Baik tak payah. Memang ‘mantap’. Company besar, tapi dia bagi sekotak buah limau bahagi tiga (pekerja).

“Aku doakan company ini lingkup. Kotak kecik, kalau kotak besar bonet kereta tak apa juga nak bahagi tiga. Anak aku saja dah (makan) setengah kotak. Bangang,” katanya sambil menunjukkan isyarat tangan thumbs down.

Kata-katanya itu mengundang kecaman netizen yang mendakwa dia tidak bersyukur dengan pemberian tersebut.

“Rasa nak makan anak beranak kau je, baik beli sendiri berkotak-kotak ye. Sedih mentaliti sebegini. Semoga dengan viral ini, bos terus berhentikan kau kerja.

“Time raya puasa, tak ada pula kau bagi boss kau ketupat, lemang, rendang sekotak. Jenis tak reti bersyukur, memang rezeki tak masuk,” kata netizen.

Hanya minta dihargai

Menyedari ramai yang mengecamnya, lelaki yang dikenali sebagai Abang Bekeng, tampil memberikan penjelasan, sekali gus menafikan dakwaan kononnya dia tidak bersyukur dengan pemberian itu.

“Bukan tak bersyukur, apa yang saya nak sampaikan adalah dalam video itu yang tauke ini kedekut.

“Kita bekerja di bawah dia, macam saya bekerja sebagai operator jengkaut. Kerja saya boleh dikatakan bahaya sebab duduk dalam teres (merujuk kepada tempat bekerja di kawasan tanah datar ketinggian bertingkat-tingkat). Apa salahnya kalau diberi penghargaan? Itu saja yang saya minta.

“Bukannya saya minta dia hormat saya. Tak dapat bonus, tak apa. Kita minta dia hargai kita je sebab kita dah buat yang terbaik.

“Dia minta apa-apa, semua kita buat. Benda yang tak boleh buat pun, kita cuba buat walaupun hampir meragut nyawa.

“Tak apalah saya mengaku salah saya. Saya ikhlas hati memohon maaf di atas apa yang saya buat. Tak patutlah saya doakan syarikat itu lingkup.

“Tapi tak apalah, orang tak ada dekat kasut kita, sebab itu orang pandai cakap je. Yang ada dekat kasut kita saja yang tahu.

“Sekali lagi saya memohon maaf di atas apa yang saya dah buat,” katanya.

Sumber: Facebook, mStar Online, TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!