Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pelajar perempuan tingkatan 1 dikenali sebagai Zara meninggal dunia, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah asrama sekolah di Limauan, Sabah, semalam.
Tragedi itu bukan sahaja mengejutkan ramai pihak, malah mencetuskan persoalan serius apabila timbul dakwaan yang mengatakan Zara menjadi mangsa buli sebelum kejadian berlaku.
Berdasarkan beberapa hantaran di media sosial mendakwa Zara mengalami tekanan akibat dibuli, dipercayai menjadi punca dia mengambil tindakan drastik tersebut.
“Apa pun yang berlaku, kita tiada hak untuk seksa orang lain secara mental atau fizikal. A big NO,” kata individu berkenaan yang turut menggesa pihak sekolah tidak mendiamkan diri dan segera menyiasat kes ini secara telus.
Baca juga:
- Pemimpin sejati mesti tolak penindasan, perjuang hak manusia tanpa kira latar belakang – PM
- Alasan ‘ubat’ cuma helah, AADK sahkan ketum boleh sebabkan masalah mental
- Dua Anggota Maritim cedera dirempuh bot pancung bawa PATI
‘Saya takkan maafkan’ – Ibu Zara
Dalam satu hantaran lain dipercayai ditulis oleh ahli keluarga mangsa, emosi dan kekecewaan diluahkan terhadap individu yang dikatakan sering menyakiti Zara.

“Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini. Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu. Saya tahu nama-nama mereka yang selalu Zara sebut,” katanya.
Sementara itu, menurut kenyataan di laman Facebook DUN Sindumin, jenazah Zara telah disolatkan di Masjid Mesapol sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tg Ubi pada malam kejadian. Tragedi ini terus mencetuskan gesaan agar budaya buli di sekolah ditangani secara serius dan menyeluruh.
Sumber: IG Caprice