'Zamri uruskan perniagaan, bukan lari ke Thailand' - Peguam | The Reporter

‘Zamri uruskan perniagaan, bukan lari ke Thailand’ – Peguam

Zamri Vinoth tiba di Mahkamah Majistret dengan kerjasama penuh, hadir secara sukarela.
Zamri Vinoth dan peguam.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Peguam kepada aktivis Zamri Vinoth, Muhammad Hariz Md Yusoff, memaklumkan bahawa anak guamnya ke Thailand pada 9 Mac lalu bukan untuk melarikan diri, sebaliknya atas urusan perniagaan dan menguruskan pernikahan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di luar negara.

Zamri kemudiannya kembali ke Malaysia pada 12 Mac, selepas empat hari berada di negara jiran.

Muhammad Hariz menegaskan bahawa Zamri tidak pernah menerima sebarang notis polis untuk hadir memberi keterangan atau menghadapi pertuduhan sehingga dilarang keluar negara.

Beliau turut menekankan bahawa aktivis berusia 42 tahun itu sudah lama kerap keluar masuk Thailand sejak sembilan tahun lalu, termasuk untuk urusan perniagaan pakaian terpakai dan urusan pernikahan pasangan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Songkla, Thailand dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Baca juga:

Memetik laporan Berita Harian, Muhammad Hariz memaklumkan kemasukan anak guamnya pada 9 Mac lalu dan kemudian keluar pada 12 Mac, iaitu sehari sebelum kenyataan media Ketua Polis Negara yang menyatakan dia melarikan diri.

“Pada peringkat ini, mahkamah hanya menetapkan jaminan bagi memastikan kehadiran tertuduh. Kehadiran Zamri hari ini adalah sukarela dan bertujuan membersihkan nama melalui proses mahkamah,” katanya.

Related Posts