'You jangan buat hal' - Bapa saudara berseloroh tegur Ira Kazar ketika beraya undang reaksi netizen - The Reporter

‘You jangan buat hal’ – Bapa saudara berseloroh tegur Ira Kazar ketika beraya undang reaksi netizen

18 jam lalu, tular video isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin, 27, beraya di rumah saudaranrya tular di media sosial.

Ira dipanggil oleh bapa saudaranya untuk bersalaman, sempat diberi pesanan agar tidak membuat hal.

“You jangan buat hal,” kata bapa saudaranya sebanyak dua kali sebelum disusuli gelak ketawa saudara-maranya yang lain.

Pengendali TikTok itu juga mempersoalkan ketiadaan Syamsul dalam video tersebut.

@ceritaartismalaysia Replying to @Sridangga #irakazarraya #irakazar #irakaza #familykaza #syamsulyusof #poligami #fyp #foryou #foryoupage #abcxyz #xyzbca #def #trendin ♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Video berdurasi 21 saat itu mengundang banyak reaksi netizen. Ada yang mengatakan wajah Ira berubah selepas mendengar kata-kata bapa saudaranya. Tetapi ada juga yang menganggap kata-kata itu sebagai nasihat dan pembakar semangat.

“Itu sebenarnya bagi dia kata-kata pembakar semangat tau,” kata Pet.

“Bapak laa, dengan sedara mara sendiri kena sindir macam tu, kebas mat muka,” kata MissDimples.

“Kalau aku jadi dia, aku tak raya, tak jumpa semua orang sebab sindir dalam family ni lain macam terasa dia,” kata Kentang.

Sumber: TikTok Cerita Artis Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!