'You hutang saya RM20, you maki-maki saya lagi, kita pergi balai!' - Pemandu e-Hailing bengang dihina penumpang warga asing - The Reporter

‘You hutang saya RM20, you maki-maki saya lagi, kita pergi balai!’ – Pemandu e-Hailing bengang dihina penumpang warga asing

Video tular di media sosial

Seorang pemandu e-hailing mendakwa dia telah ditengking dan dihina oleh penumpang warga Bangladesh semasa dalam perjalanan ke destinasi, kira-kira jam 12 tengah malam, Selasa lalu.

“Dapat satu Bangla ni, tambang (ke destinasi) RM70 lebih. Lagi 10 minit nak sampai, dia baru beritahu yang dia tak cukup duit RM20. Kemudian dia minta kurang, sembang-sembang nak transfer esok,” kata pengadu yang hanya mendiamkan diri.

Sebelum itu, pengadu turut mendakwa lelaki terbabit memaksanya memandu dalam kelajuan 130 km/j. Sekali lagi pengadu dipercayai tidak mengendahkannya membuatkan lelaki itu meminta pengadu duduk di belakang dan benarkan dia memandu.

Sebagai pemandu e-hailing yang terikat dengan undang-undang, sudah pasti permintaan sedemikian tidak boleh diterima.

“Masa tengah memandu, dia paksa-paksa saya untuk drive dalam kelajuan 130 km/j. Dia pula ajar saya memandu, sampai dia suruh saya ke belakang dan biar dia memandu.

Selain itu, pengadu mendakwa lelaki Bangla berkenaan juga mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur perkauman.

“Dia mengeluarkan kata-kata perkauman seperti ‘You lan**** Melayu bawa slow’, ‘Pu***** punya ke***g’. Saya tahu saya hitam, tetapi tak bermakna dia boleh memanggil saya seperti itu.

“Dengan bangga dia sembang dengan saya yang dia dah berkahwin dengan orang Melayu. Saya cari rezeki dari siang sampai malam untuk beri anak isteri makan, tapi dia buat saya macam ni,” katanya.

Berdasarkan video tular itu, kedengaran pengadu juga bengang dan mahu membawa lelaki Bangla itu pergi ke balai untuk menyelesaikan masalah itu.

“Kita pergi balai sebab you banyak bikin saya susah tau. You hutang saya RM20, you maki-maki saya lagi. You jangan main gila sama saya! Police station mari! Saya tarak takut punya tau. You dari Bangladesh, kasi hormat sama orang Malaysia!” tegasnya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!