'Yang mampu, study kat rumah tu' - The Reporter

‘Yang mampu, study kat rumah tu’

Sumber Gambar: e-central

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Asrama merupakan kemudahan yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang tinggal jauh daripada rumah selain memudahkan proses pembelajaran mereka.

Mengulas isu mengenai kemudahan asrama, wanita ini tidak bersetuju apabila kemudahan asrama diberikan kepada golongan yang berkemampuan.

Baginya, asrama sepatutnya hanya diberikan kepada pelajar yang datang daripada keluarga yang tidak berkemampuan.

https://twitter.com/NabellaAnuar/status/1808368738540179949

“Asrama memang untuk budak-budak yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan sahaja. Yang lain, yang mampu duduk je rumah dan study dekat bilik yang ada aircond tu.

“Berikan kemudahan asrama untuk budak-budak yang dekat rumah pun takda bilik, nak study pun kena study dekat dapur. Makan pun nasi dengan garam,” katanya.

Katanya, dia pernah menyuarakan hasrat untuk bersekolah di asrama penuh, tetapi bapanya tidak memberi keizinan padanya kerana perlu memberi laluan dan kemudahan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Bagaimanapun, ada yang menafikan kenyataan wanita ini. Katanya asrama bukan hanya untuk golongan yang tidak berkemampuan, sebaliknya juga untuk pelajar yang tinggal jauh dari rumah mereka.

Sumber: Jaringan X

Total
0
Shares
Total
0
Share