'Yang lelaki tolong pakai kasut kalau pergi majlis kahwin, jangan pakai camni, spoil gambar' - Photographer | The Reporter

‘Yang lelaki tolong pakai kasut kalau pergi majlis kahwin, jangan pakai camni, spoil gambar’ – Photographer

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dalam kebanyakan majlis perkahwinan, terdapat kebiasaan di mana tetamu hadir dengan berpakaian biasa sahaja, tanpa menghiraukan tema atau keanggunan majlis tersebut. Walaupun pengantin telah mengenakan busana yang indah dan elegan, penampilan tetamu yang berpakaian santai boleh sedikit ‘merosakkan’ suasana dalam gambar-gambar perkahwinan.

Hal ini menjadi lebih ketara apabila pengantin ingin mengabadikan momen bersama tetamu dalam album perkahwinan mereka, di mana perbezaan ketara dalam pemakaian boleh membuatkan gambar-gambar tersebut kelihatan kurang harmoni dan tidak sesuai di mata.

Kenapa tetamu lelaki pakai macam ni?

Baru-baru ini seorang jurufoto di TikTok, Zeecoooo, memberi peringatan mesra kepada semua untuk memakai kasut semasa menghadiri majlis perkahwinan.

https://www.tiktok.com/@zeecoooo/video/7419512475000884488

“Yang lelaki tolong pakai kasut kalau pergi majlis. Nampak ni? Jangan pakai macam ni. Ini apa benda, aduhai.. pakai stoking pula. Astaghfirullah.

“Benda ni bukan apa tau, kadang-kadang pengantin nak masukkan gambar korang dalam album, nampak tak beretika dan gambar nampak spoil.

“Orang perempuan boleh pakai lawa-lawa, kenapa lelaki kena pakai macam ni? Korang ingat korang pergi mana?” katanya.

Pakai pakaian simple, nampak kemas

Zeecoooo juga memberikan contoh tetamu yang memakai kasut ketika bergambar bersama pasangan pengantin, yang ternyata lebih kemas dan bertepatan dengan adab dan etika menghadiri majlis.

“Ini yang saya maksudkan, pakai kasut dan baju seperti ini. Seluar cantik, baju cantik, nampak? Bukan kena pakai suit, tuxedo ke, tak payah macam tu. Pakai seperti dalam gambar ini, simple saja.

“Pakai pakaian yang bersesuaian dengan majlis. Bukannya pakai selipar macam kau nak pergi ke pasar atau pergi ke kedai bawah rumah kau,” ujarnya.

Reaksi netizen

Ramai netizen bersetuju dengan peringatan Zeecoooo dan tidak menafikan sememangnya ada segelintir individu ‘tidak beradab dan mematuhi etika’ apabila menghadiri majlis.

“Jenis-jenis tetamu macam ni yang jarang pergi majlis. Sebab itu tak ada common sense bila dapat jemputan. Dia pergi lepak uptown dengan majlis takde beza. Konon-konon sempoilah. Padahal orang lain naik menyampah tengok,” kata Norjie.

Namun begitu, ada yang berpendapat mereka bebas memakai apa sahaja pakaian yang dirasakan sesuai dan tiada keperluan untuk memberi peringatan seperti itu.

“Aku datang hanya nak makan. Gambar-gambar pergi mampus. Aku pergi kenduri memang pakai selipar je,” kata Zazwan.

Related Posts