'Ya Allah, cantik rezeki mereka' - Netizen sayu lihat kegembiraan keluarga berbelanja, berkat Bantuan SKAS - The Reporter

‘Ya Allah, cantik rezeki mereka’ – Netizen sayu lihat kegembiraan keluarga berbelanja, berkat Bantuan SKAS

Keluarga gembira berbelanja berkat Bantuan SKAS di Sarawak.
Netizen terharu lihat kegembiraan keluarga berbelanja berkat Bantuan SKAS

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang pengguna Facebook, Nour Qadry, berkongsi rasa sayu dan terharu ketika melihat ibu bapa memenuhi pusat beli-belah Everwin dengan troli penuh barangan keperluan. Dalam hantaran tersebut, Nour menulis:

“Saya pergi ke Everwin untuk beli air mineral dan air kotak untuk kegunaan esok. MasyaAllah, tiba-tiba hati saya dilanda rasa sayu. Saya tak suka perasaan ini ketika beratur untuk membayar.

“Sedih hati saya melihat semua ibu bapa menolak troli, penuh sampai dua troli barang. Mesti mereka gembira dapat membeli-belah seperti ini. Anak-anak pun sesuka hati ambil keropok dan coklat.

“Ya Allah, rezeki kalian cantik sungguh pada bulan puasa ini. Jujur, saya cuba letakkan diri saya di tempat mereka sekarang… mesti mereka sangat gembira. Enam kaunter penuh dengan orang beratur untuk membayar. Sampai tak ada lagi troli yang kosong di luar.

“Sebenarnya, saya sedang menahan air mata. Saya sangat terharu melihat keadaan ini! Terima kasih Allah, terima kasih Premier Sarawak Abang Jo dan terima kasih juga kepada kerajaan Sarawak!

“Dah 30 minit saya beratur, tapi langsung tak rasa bosan melihat anak-anak memilih keropok dan coklat masing-masing,” katanya.

Luahan hati Nour Qadry ini menyentuh ramai netizen yang turut berkongsi rasa terharu melihat suasana meriah di pusat beli-belah tersebut. Ramai yang meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dinikmati, berkat bantuan daripada kerajaan Sarawak.

Perasaan syukur yang diluahkan oleh Nour Qadry berkait rapat dengan inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang diperkenalkan dalam Belanjawan Sarawak 2025. SKAS merupakan bantuan dalam bentuk baucar digital melalui aplikasi S Pay Global, yang membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti beras dan minyak masak di kedai-kedai runcit yang berdaftar.

Bantuan ini diberikan kepada:

  • Ketua isi rumah dengan pendapatan bulanan RM5,000 ke bawah: RM800
  • Warga emas bujang tanpa pasangan dan anak dengan pendapatan bulanan RM5,000 ke bawah: RM400
  • Individu bujang dengan pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah: RM250

Setakat Januari 2025, lebih 244,000 rakyat Sarawak telah menebus bantuan ini. Inisiatif ini terbukti meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan oleh peningkatan kos sara hidup, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

Rasa syukur dan gembira yang dikongsi oleh netizen mencerminkan kejayaan program SKAS dalam membantu rakyat Sarawak menyediakan keperluan harian mereka. Bantuan ini jelas memberi makna yang besar, lebih-lebih lagi dalam menghadapi kos sara hidup yang kian meningkat.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!