‘X-ray tak boleh sahkan pesakit hilang ingatan, mengarut’ – Drama Mona Lisa jadi bahan ketawa netizen

Penghasilan sesebuah filem atau drama perlu dikaji dengan lebih mendalam agar kualti yang terbaik dapat dihasilkan untuk tatapan penonton. Seharusnya, drama-drama yang dipertontonkan bukan hanya fokus kepada jalan cerita dan emosi semata-mata tetapi kenyataan atau fakta juga perlu diambil kira. 

Jika dibandingkan dengan cerita yang ditayangkan dari luar negara, produksi mereka mementingkan kualiti dan ketelitian sesebuah cerita khususnya apabila melibatkan cerita yang berunsurkan perubatan. 
Dr Ahmad Zakimi pernah menyatakan di dalam statusnya bahawa cerita-cerita dari luar negara mempunyai ketelitian di dalam setiap cerita yang dihasilkan sehinggakan memberi impak dan inspirasi kepada dirinya semasa kecil. Dia juga membuat pengakuan dirinya memasang impian ketika kecil untuk menjadi doktor setelah menonton drama bersiri Emergency Room lakonan George Clooney, Noah Wyle, Eriq Salle dan lain-lain lagi.
Apabila beralih kepada drama tempatan pula, rata-rata penonton mengkritik cara pihak produksi mengendalikan babak yang berkaitan dengan perubatan. 

Penat belajar 3tahun + pengalaman kerja 2tahun, baru hari ni aku tau yg xray boleh check org hilang ingatan. #dramamelayu #kesian pic.twitter.com/mkFCrhrFRC

— AJEERAH (@nuraqidahajeera) May 19, 2018


Jika sebelum ini, drama seperti Titian Cinta dan Dendam Aurora dikecam kerana babak yang dilakonkan tidak mengikut kriteria perubatan. Kali ini, drama Mona Lisa pula mendapat kritikan oleh seorang doktor. Mona Lisa merupakan lakonan oleh Zara Zya dan Hafreez Adam.
Drama ini mendapat perhatian apabila babak ini menunjukkan seorang doktor memberikan keterangan bahawa Mazlan lakonan Hafreez Adam disahkan telah hilang ingatan dan doktor telah tersebut menunjukkan gambar X-ray tengkorak Mazlan. 
Dr Beni Rusdi melalui statusnya di Twitter mengatakan x-ray tidak boleh mengesahkan seseorang itu boleh hilang ingatan. X-ray hanya boleh melihat keadaan tengkorak dan sekiranya ingin membuat ujian tersebut perlu menggunakan kaedah ‘mini mental state examination.’ 
Rata-rata netizen juga berpendapat drama ini tidak membuat kajian yang mendalam mengenai perubatan dan sekiranya ingin tampilkan babak seperti ini netizen berpendapat pihak produksi perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!