Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menolak gesaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh supaya beliau memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Katanya, beliau hanya menuntut penjelasan berhubung data rasmi pengambilan pelajar ke Universiti Awam (UA) dan tidak pernah menyerang mana-mana pihak.
“Mereka kata 85 tempat, tetapi saya boleh buktikan ia sebenarnya tiga digit. Untuk apa saya perlu minta maaf? Data ini bercanggah. Kamu hendak paksa saya mohon maaf? Tidak akan, maaf,” tegasnya dalam sidang media hari ini.
Baca juga:
- ‘Tak mahu minta maaf tak apa, teruskan pusing sana sini’ – Akmal Saleh
- ‘Untuk apa saya minta maaf?’ – Wee Ka Siong jawab desakan Akmal Saleh
- Ridhuan Tee tegur Bersatu, jangan berebut jawatan PM
Tegaskan bukan isu kaum
Wee turut menjawab tindakan Akmal yang mendesaknya menarik balik kenyataan. Beliau menegaskan isu berkenaan bukanlah soal bangsa, sebaliknya melibatkan prinsip menegakkan keadilan untuk semua pelajar.
“Saya bukan serang dia. Saya hanya menyebut satu kes. Ini bukan soal Cina, Melayu atau India. Kalau pelajar Melayu pun saya akan berdiri mempertahankan. Itu prinsip saya. Saya tidak akan berganjak,” katanya.
Akmal kena faham maksud ‘Madani’
Dalam masa sama, beliau meminta Akmal memahami maksud sebenar konsep “madani” yang sering dilaungkan kerajaan. Katanya, keadilan yang diperjuangkan dalam isu ini adalah selaras dengan semangat tersebut.
Wee menegaskan beliau tetap konsisten memperjuangkan hak pelajar yang layak, tanpa mengira latar belakang. Baginya, isu data bercanggah perlu diperjelaskan oleh KPT, bukannya ditutup dengan desakan supaya beliau memohon maaf.
Sumber: Malay News, Utusan Malaysia