Warga emas usia 101 tahun lafaz syahadah - The Reporter

Warga emas usia 101 tahun lafaz syahadah

Sumber Gambar: FB Firdaus Wong

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pendakwah bebas, Firdaus Wong berkongsikan kisah yang menyentuh hati ramai mengenai seorang wanita yang berusia 101 tahun memeluk Islam.

Dalam perkongsian di Facebook, Firdaus Wong berkata, beliau telah dihubungi oleh seorang rakannya yang meminta untuk mengislamkan ibunya.

“Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar…Setelah bertahun-tahun lamanya Dato Mohd Daud Leong berdakwah kepada ibunya, akhirnya ibunya bersetuju untuk menerima dan memeluk agama Islam,” tulisnya.

Katanya, warga emas berkenaan dengan rela hati untuk memeluk Islam tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Senang hati saya mendengar jawapan dari aunty. Saya membantu Aunty untuk melafazkan syahadah dalam Bahasa Arab satu demi satu dan disusuli dengan terjemahan maksud syahadah di dalam dialek Kantonis.

Kisah yang berlaku di depan matanya itu juga mengingatkan beliau ketika mengislamkan ibunya pada tahun 2019.

“Selesai sahaja syahadah, Dato Mohd Daud Leong terus memeluk dan mencium ibu tercintanya. Ya saya faham perasaan itu. Seolah olah saya mengimbas kembali pada 2019 ketika mengIslamkan ibu saya sendiri.

“Bertuahnya Aunty yang Allah kurniakan hidayah buatnya pada usia 101 tahun,” katanya.

Total
0
Shares
Total
0
Share