Warga emas & anaknya didakwa rogol remaja berusia 15 tahun di dalam kereta - The Reporter

Warga emas & anaknya didakwa rogol remaja berusia 15 tahun di dalam kereta

Sumber gambar: Alias Abd Rani | NSTP

Seorang lelaki warga emas bersama anak lelakinya berusia 21 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta di Kluang, enam tahun lalu.

Tertuduh yang berkerusi roda, Mohd Hashim Saidin, 77, dan anaknya (ketika kejadian berusia 16 tahun) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Gagal membayar ikat jamin sebanyak RM12,000 dan RM15,000, dua beranak itu kemudian ditahan di lokap. Ketika dibawa keluar dari mahkamah, Mohd Hashim sempat berkata, “Orait.. orait… bagus”.

Mengikut pertuduhan, anak tertuduh yang bekerja sebagai penghantar barang didakwa merogol mangsa di Jalan Kinabalu, Kluang pada jam 5.15 petang, 25 Mei 2017.

Mohd Hashim kemudian melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa di kawasan lapang di Kampung Abdul Rahman Yasin, jam 6 petang di dalam kereta dan hari yang sama.

Dua beranak terbabit didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan.

Hakim kemudian menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!