Wanita terkilan beli Myvi cash dianggap biasa, ibu lebih kagum abang beli Vellfire hutang 9 tahun | The Reporter

Wanita terkilan beli Myvi cash dianggap biasa, ibu lebih kagum abang beli Vellfire hutang 9 tahun

Wanita menangis kecewa kerana beli Myvi cash dipandang rendah, dibandingkan dengan abang yang beli Vellfire hutang 9 tahun.
Wanita terkilan, Myvi cash dianggap biasa, ibu lebih kagum abang ada Vellfire hutang panjang. | Gambar hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tidak semua orang menilai kejayaan dengan ukuran yang sama. Seorang wanita, Aina (bukan nama sebenar), berkongsi rasa terkilan apabila pembelian kereta Myvi secara tunai tidak dihargai oleh ibunya, sebaliknya dibandingkan dengan abangnya yang membeli Vellfire secara hutang sembilan tahun.

Terguris hati walaupun beli tanpa hutang

Dalam perkongsiannya, Aina menjelaskan dia membeli kereta Myvi secara tunai, tanpa sebarang komitmen bulanan. Namun, ibunya lebih kagum dengan abangnya yang memiliki Vellfire walaupun kereta itu dibeli secara hutang panjang.

“Mak cakap, ‘Laa… Myvi jeee? Ingat macam Bangcik beli Vellfire. Besar dan gah lagi. Kamu beli Myvi je ke?” tulisnya.

Dalam hati, Aina terfikir, walaupun Myvi itu dibayar penuh tanpa hutang, dirinya tetap dianggap kecil.

Katanya lagi, walaupun hati terguris, dia memilih untuk mendiamkan diri kerana ustazah pernah berpesan agar bersabar dengan kata-kata seorang ibu selagi mampu ditelan.

Baca juga:

Netizen sokong, bebas hutang lebih bermakna

Luahan ini mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai yang menyokong bahawa bebas hutang lebih bernilai berbanding memiliki kereta mewah tetapi terbeban dengan tempoh pinjaman panjang.

Ada yang menyebut, tidak perlu berasa rendah diri kerana memiliki kereta yang dibeli secara tunai adalah tanda kestabilan kewangan yang jarang dicapai oleh ramai orang. Lebih baik hidup sederhana tanpa hutang, berbanding nampak gah tetapi risau kereta ditarik jika gagal bayar.

Malah ada yang menegaskan, kereta bukan ukuran kekayaan. Ada individu bergaji besar yang tetap memilih kereta sederhana kerana lebih mengutamakan pelaburan rumah, pendidikan anak dan simpanan emas. Bagi mereka, ketenangan hati tanpa hutang jauh lebih berharga.

Myvi tetap pilihan bijak

Meskipun Aina terasa dipandang rendah, ramai menganggap keputusan membeli Myvi secara tunai adalah langkah bijak. Hidup tanpa hutang memberi ruang bernafas yang lebih luas, membolehkan seseorang menumpukan pada perkara lebih penting seperti keluarga, simpanan masa depan dan kebahagiaan diri.

Sumber: Threads

Related Posts