Wanita muda mengaku bersalah kerana menyundal di Gemas | The Reporter

Wanita muda mengaku bersalah kerana menyundal di Gemas

Foto: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita berusia 20 tahun dari Kuala Krai, Kelantan, mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan.

Dhiya Khairunnisa Muhamad Khalid membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Saiful Sayoti pada Jumaat, minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, Dhiya didakwa mencari pelanggan untuk tujuan persundalan di sebuah bilik hotel di Gemas, Tampin pada jam 2.30 petang pada 3 Mei.

Sebagai seorang pesalah muda, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih daripada satu tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, tidak menawarkan sebarang wang jaminan kerana bimbang Dhiya pernah dilaporkan hilang di Kelantan.

Dhiya yang tidak diwakili oleh peguam, memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai wang untuk membayar jaminan tersebut kerana ibu dan bapanya adalah orang yang susah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan untuk melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Kes akan disebut semula bagi laporan sosial pada 13 Jun.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts