Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita menyelar tindakan seorang anggota unit beruniform yang disifatkan tidak bermoral.
Dalam satu hantaran, wanita ini mendakwa anggota berkenaan telah menghantar beberapa mesej berunsur lucah kepadanya.
Walaupun sudah memberikan amaran dia akan melaporkan perkara tersebut kepada polis, anggota berkenaan dengan sinis menyatakan laporan tersebut tidak akan dilayan.
Kata anggota berkenaan, dia sudah lali dengan pelbagai laporan mengenai beberapa kes besar. Mesej yang dihantar kepada wanita berkenaan dianggap hanya isu kecil sahaja.
Menerusi ruangan komen hantaran wanita ini, lelaki berkenaan merupakan seorang anggota polis yang berasal dari Kelantan dan kini berkhidmat di Johor Bahru.
Susulan itu, netizen meminta wanita berkenaan melaporkan kes ini dengan segera agar tiada lagi wanita yang akan menjadi mangsa anggota berkenaan.
Dalam pada itu, netizen turut memetik nama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Komunikasi bagi tindakan lanjut.








