'Walaupun Dipanggil Menteri Bodoh, Saya Tetap Turun Padang' - The Reporter

‘Walaupun Dipanggil Menteri Bodoh, Saya Tetap Turun Padang’

KUALA LUMPUR – Meskipun telah banyak melakukan pelbagai usaha demi warga ibu kota, namun sentiasa dikritik oleh rakyat yang tidak melihat kebaikan yang dilakukan menyebabkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluh.
Tengku Adnan atau Ku Nan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengulas mengenai cadangannya mahu membenarkan Mat Motor mempunyai tempat berlumba motosikal di ibu kota, lapor Free Malaysia Today.
“Saya cuba untuk mencari penyelesaian, tetapi menerima kritikan dan perkara yang sama juga berlaku sebelum ini,” katanya yang merujuk pada isu gelandangan di ibu kota tahun lalu. 
“Sama juga ketika saya mengumumkan bahawa Kuala Lumpur menghadapi ancaman keganasan, orang ramai tidak selesa dengan pengumuman itu. Tetapi akibatnya, orang dapat melihat kehadiran pasukan tentera dan polis di jalan-jalan raya. Ini jugatelah menyebabkan penurunan dalam jenayah seperti kes ragut. 
“Tetapi adakah saya dikredit? Tidak. Tetapi tidak mengapa kerana saya bekerja demi Tuhan.
“Walaupun dipanggil menteri bodoh, saya tetap akan turun padang mendekati orang awam untuk mengetahui dan memahami apa yang berlaku. Apabila saya mendekati gelandangan, saya menangis,” katanya. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!