'Walaupun 5 tahun berlalu, patik belum puas nikmati kasih sayang tuanku' - The Reporter

‘Walaupun 5 tahun berlalu, patik belum puas nikmati kasih sayang tuanku’

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan diingati dan dikenang oleh rakyat jelata sampai bila-bila. Keberangkatan balik baginda berdua diraikan dengan penuh rasa sebak dan terharu bukan hanya rakyat jelata malah kakitangan istana tidak melepaskan peluang momen terakhir bersama.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, satu rakaman video yang dimuatnaik oleh salah seorang kakitangan istana yang dikenali sebagai Kecik merakamkan momen ketika dia bersalaman dengan Tunku Azizah.

Sebagai tanda ingatan dan momen perpisahan juga, Kecik menghadiahkan seutas gelang buat Tunku Azizah. Kelihatan Kecik sangat sebak dan memeluk erat Tunku Azizah.

“Walaupun 5 tahun berlalu, Patik belum puas nikmati kasih sayang Tuanku. Sumpah patik menyayangi Tuanku sama seperti seorang Ibu, Tuanku juga mencurahkan kasih sayang sepenuhnya buat Patik. Patik akan sentiasa mengingati Tuanku sehingga akhir helaan nafas patik. Ampunkan patik kadangkala degil dan nakal sepanjang berkhidmat untuk Tuanku.

“Sesungguhnya patik belum siap berpisah. Patik harap Tuanku telah pun baca surat Cinta buat Tuanku yang hadir jauh dr lubuk hati patik. Semoga Tuanku berdua sihat selalu. Menjunjung Kurnia Tuanku. We Love You Tuanku,” tulisnya.

Tunku Azizah juga dilihat meninggalkan komen pada hantaran tersebut. Dalam komen tersebut, Tunku Azizah mengucapkan terima kasih kepada Kecik diatas pemberian gelang.

Di ruangan komen juga, ramai yang turut berasa sebak dan sedih melihat momen yang jarang dilihat.

Sumber: Rezqah.Rizqi

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!