Wajib Cuba! 5 Resepi Mudah, Cepat & Sedap Ini Sesuai Untuk Dijadikan Juadah Bekal | The Reporter

Wajib Cuba! 5 Resepi Mudah, Cepat & Sedap Ini Sesuai Untuk Dijadikan Juadah Bekal

Resepi mudah untuk bawa bekal

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tak dinafikan, kadang-kadang kita pun akan naik jemu bila selalu sangat makan makanan luar, sampai satu tahap dah tak tahu nak makan apa dan di mana betul tak? 

Haa, masa inilah baru kita nak hargai masakan sendiri, baru tahu betapa comfort dan nikmatnya air tangan sendiri. 

Tapi, masalahnya nak masak sendiri tu sangat memenatkan dan makan banyak masa pula tu! Sebab itulah orang lagi gemar tapau makanan luar…

Percaya tak kalau kami kata ada resepi yang mudah, cepat dan sedap, paling penting tak makan banyak masa dan tenaga pun? Kalau nak tahu, meh sini kami kongsi 5 resepi wajib cuba!

1. Nugget Sweet & Sour

sweet and sour chicken on rice, shot up close

Bahan-bahan

– Ayamas Nuget Ayam (mana-mana jenis)  

– Madu

– Jus lemon

– Tepung jagung

– Life Sos Tomato

– Life Sos Cili

– Life Sos Tiram

Cara penyediaan

Untuk nugget, gunakan Ayamas Nuget Ayam, bergantung kepada korang sama ada nak goreng atau bakar menggunakan air-fryer.

Dalam kuali, campurkan kesemua bahan seperti madu, sos tomato, sos tiram, sos cili dan jus lemon, kacau sehingga sebati pada api sederhana sehingga gula larut dan buih mula timbul. 

Pada masa yang sama, campur adunan tepung bersama air dan gaul sehingga membentuk tekstur yang lembut seperti bubur. 

Kemudian, tuangkan adunan tersebut ke dalam kuali dan kacau dan masak selama 1 hingga 2 minit, sehingga sos menjadi pekat mengikut citarasa. Rasa dan sesuaikan mengikut keperluan. 

Akhir sekali, masukkan Ayamas Nuget Ayam yang telah masak ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati. Sedia untuk dihidang!

2. Aglio Olio

Bahan-bahan

– Spageti

– Ayamas Chicken Frankfurter

– Kewpie Pasta Aglio Olio Sauce

– Bawang putih (1 ulas, dipotong nipis)

– Emping cili merah.

– Daun pasli 

– Garam

– Lada hitam

– Air rebusan pasta

Cara penyediaan

Mulakan resepi ini dengan rebus spageti. Sementara tunggu masak, panaskan kuali dengan api sederhana-tinggi, dan masukkan sedikit minyak dan tumis hirisan Ayamas Chicken Frankfurter hingga perang keemasan dan sedikit rangup, kemudian ketepikan. 

Kemudian, kalau korang nak rasa yang lebih oomph, gunakan kuali yang sama dengan sisa-sisa sosej frankfurter, tambahkan sedikit minyak zaitun, dan masukkan bawang putih segar dan emping cili merah. 

Masak dengan api perlahan selama kira-kira satu minit sehingga bawang putih berbau harum dan emping cili menjadi sedikit garing. 

Masukkan pasta atau mi yang telah ditapis terus ke dalam kuali yang ditutup api, kemudian tuang sebotol Kewpie Pasta Aglio Olio Sauce dan masukkan frankfurter yang telah ditumis dan sedikit air rebusan pasta yang telah diketepikan.

Akhir sekali, gaul semua bahan sehingga rata dan masukkan daun parsli segar yang telah dicincang. Dah siap!

3. K-Pop Chicken Spicy

Bahan-bahan

– Ayamas Popcorn Bites atau Ayamas Breaded Drummet atau Ayamas Nuget Ayam 

– Gochujang (2-3tbsp)

– Kicap

– Madu(2 tbsp)

– Life Sos Tomato(2 tbsp)

– Jus lemon(1 tbsp)

– Bawang putih (1 clove, minced)

– Minyak bijan (1 tbsp)

– Air

Cara penyediaan

Dah nama pun K-Pop Chicken Spicy, korang wajib guna Ayamas Popcorn Bites yang perlu digoreng atau dibakar menggunakan air-fryer, ikut kehendak korang!

Kemudian, campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam kuali, dan gaul secara konsisten pada api sederhana sehingga sos menjadi pekat.

Akhir sekali, masukkan Ayamas Popcorn Bites yang sudah dimasak ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati. Nak lagi sedap, taburkan hirisan daun bawang di atas hidangan. 

4. Chicken Salad

Bahan-bahan

– Kewpie Roasted Sesame 

– Ayamas Kitchen Tempura Nuggets atau Ayamas Popcorn Bites 

– Salad Greens: Lettuce, Spinach or Kale

– Timun

– Tomato ceri

– Lobak merah

– Bawang merah

– Lada benggala

– Kacang gajus

Cara penyediaan

Biasanya kalau nak buat Chicken Salad yang simple, kita akan guna ayam beku yang dah siap potong. Jadi, gunakan Ayamas Kitchen Tempura Nuggets atau Ayamas Popcorn Bites dan  goreng atau guna bakar guna air-fryer, mengikut selera masing-masing. 

Kemudian, basuh dan sediakan kesemua sayur-sayuran, hiris atau cincang timun, tomato, bawang dan lada benggala, serta sagat lobak merah. 

Dalam mangkuk besar, gabungkan kesemua salad hijau, sayur-sayuran yang telah dicincang dan ayam yang telah dimasak, kemudian tuangkan sos Kewpie Roasted Sesame ke atas salad.

Gaulkan perlahan-lahan untuk memastikan kesemua bahan disalut secara sekata, dan akhiri dengan meletakkan kacang gajus atau croutons bagi sedikit kerangupan. 

5. Honey Chicken Drummet

Bahan-bahan

– Ayamas Breaded Drummet 

– Madu (1/2 cawan)

– Kicap Manis (1/4 cawan)

– Bawang putih (1 ulas, dicincang) atau serbuk bawang putih

– Serbuk kunyit (1/2 tsp)

– Secubit empingan cili merah

Cara Penyediaan

Macam biasa, bila nak cepat ni, kita perlu menggunakan makanan yang sejuk beku. Jadi, untuk resepi Honey Chicken Drummet, korang perlukan Ayamas Breaded Drummet, dan goreng atau bakar menggunakan air-fryer. 

Sementara tunggu ayam masak, campurkan kesemua bahan untuk sos ke dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. 

Apabila ayam dah masak, masukkan adunan sos terus ke dalam kuali bersama ayam drummet, kemudian dengan api kecil, gaul ayam bersama adunan sehingga semua bersalut rata dan sos menjadi likat berkilat, kira-kira 1 hingga 2 minit. Sedia untuk dihidang.

Jom Belanja RM25 Untuk Peluang Menang Jongkong Emas!

Haa, mudahkan resepi yang kami kongsikan ni? Korang jangan lupa cuba tau!

Alang-alang tu, memandangkan kebanyakan resepi yang kami kongsikan ini menggunakan makanan sejuk beku, korang boleh dapat kesemua bahan ini daripada mana-mana kedai fizikal atau dalam talian. 

Tahu tak yang kalau korang beli mana-mana produk Ayamas, Life, Ayamas Kitchen dan Kewpie dengan perbelanjaan minimum RM25, korang berpeluang untuk memenangi jongkong emas, hadiah wang tunai dan kredit e-dompet Touch ‘n Go bernilai RM168,000! Bestkan?

Kalau korang nak rebut peluang untuk menang hadiah lumayan ini, imbas kod QR atau layari laman web rasmi https://www.riuhmerdeka68qsrt.com untuk hantar penyertaan. 

Korang boleh dapatkan produk makanan QSRT di beberapa platform seperti: 

– aplikasi mudah alih atau laman web QSRT Mart

– kedai rasmi QSR Trading di Shopee Mall dan LazMall

– kedai fizikal seperti pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan lain-lain

– kedai dalam talian lain, termasuk platform seperti Shopee dan Lazada

Related Posts