'Wahab ni naif, saya anggap dia seperti anak sendiri' - Dr Agus dakwa dia telah difitnah, ada pihak yang mahu jatuhkannya - The Reporter

‘Wahab ni naif, saya anggap dia seperti anak sendiri’ – Dr Agus dakwa dia telah difitnah, ada pihak yang mahu jatuhkannya

Sumber gambar: Harian Metro

Semenjak dilantik menjadi Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) pada Februari lalu, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mendakwa dia pernah diarahkan untuk meletak jawatan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan prestasinya.

Dengan itu, Agus tidak menolak penyebaran video dirinya dengan seorang lelaki muda yang dikenali sebagai Wahab adalah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.

Perkara itu semakin jelas selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini bilamana ada pihak yang mendakwa J-KOM gagal memainkan peranan, lalu menuding jari kepada Agus.

Sehinggalah 13 November lalu, Agus dipanggil bertemu dengan seseorang dan ditunjukkan video perbualan lucah dirinya bersama Wahab. Dia kemudian diberi pilihan sama ada meletak jawatan atau cuti rehat sehingga tempoh tamat.

Mengulas mengenai video tular itu, Agus menganggap Wahab, penolong sebagai anaknya sendiri, yang juga naif. Selain itu, Agus mendakwa video tersebut telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mungkin dia akan melakukan perbuatan seperti itu.

Dalam pada itu, Agus mengakui ada membuat panggilan video itu bersama Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, yang juga penolong pegawai J-KOM, semasa bercuti. Tetapi dia tidak mengingati kandungan perbualan mereka.

Malah Agus menegaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Wahab walaupun kelihatan mesra dalam video tular itu. Sudah menjadi kebiasaannya dirinya membuat panggilan video kepada kakitangan di jabatannya.

“Saya ini kalau bercakap dengan semua orang, saya panggil sayang sahaja. Sungguh.

“Wahab ini anak kecil sahaja pun. Anak sulung saya pun lebih tua dari Wahab dan cara itu tidak menyinggung sesiapa,” katanya.

Ekoran penyebaran video fitnah itu yang telah mencalarkan repustasinya dan keluarga sehingga ditohmah masyarakat, Agus telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Media semalam melaporkan Agus telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri. Jelas Agus, keputusan itu dibuat kerana dia menerima tawaran kerja baru, bukannya kerana tekanan daripada pihak tertentu.

Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!