Viral kerana senyuman & layanan mesra, staf Lotus’s Sitiawan terima penghargaan | The Reporter

Viral kerana senyuman & layanan mesra, staf Lotus’s Sitiawan terima penghargaan

Staf Lotus's Sitiawan menerima penghargaan.
Gambar: Perak Press

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini tular kisah seorang staf di sebuah pasar raya Lotus’s yang menerima pujian kerana melayan pelanggan dengan penuh mesra, meskipun ketika itu pasar raya berkenaan dipenuhi orang ramai yang hadir untuk membuat tuntutan pembelian melalui kaedah SARA.

Menerusi hantaran yang dikongsi, seorang wanita menyatakan bahawa juruwang tersebut tetap tersenyum sambil melayan pelanggan dan berbual dengan ramah.

Baca juga:

Senyuman ikhlas dan layanan mesra akhirnya membawa tuah buat staf tersebut apabila menerima penghargaan daripada pihak pengurusan pasar raya berkenaan.

Sunithaj Moorthy menerima sijil penghargaan serta baucar hadiah sebagai tanda terima kasih daripada pihak Lotus’s atas dedikasi yang ditunjukkannya dalam melayan pelanggan.

Dalam pada itu, netizen turut mengucapkan tahniah dan terima kasih atas teladan yang ditunjukkan oleh Sunithaj.

Keperibadiannya yang positif bukan sahaja memberi kesan kepada pelanggan, malah menjadi inspirasi kepada rakan sekerja serta masyarakat secara umum.

“Nampak tak kesan baik kita menyebarkan kebaikan dan berbuat baik? Boleh melahirkan ramai lagi pekerja yang baik macam ni . Customer pun happy dapat ramai staf macam ni,” kata netizen.

Sumber: Perak Press

Related Posts