(Video) 'Ya Allah, takutnya!' - 4 penjenayah berjaya dirakam rompak rumah penduduk di Klang - The Reporter

(Video) ‘Ya Allah, takutnya!’ – 4 penjenayah berjaya dirakam rompak rumah penduduk di Klang

Tular di media sosial video sebuah rumah penduduk di Klang dirompak oleh empat penjenayah dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, Jumaat.

Menurut sumber, sekumpulan penjenayah berkenaan menaiki kereta jenis Proton Waja yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu dan memakai topeng muka serta membawa senjata tajam.

Berdasarkan video tular itu, keempat-empat suspek dilihat keluar dari kediaman tersebut sebelum beredar meninggalkan tempat kejadian. Tidak beberapa lama kemudian, mangsa keluar ke pintu depan dan kelihatan bahagian dadanya mengalami pendarahan. 

Tidak beberapa lama kemudian, polis berjaya menemui kereta Waja yang dinaiki suspek yang ditinggalkan di satu perumahan di Desawan, Klang Jaya.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa dan orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memastikan pintu rumah sentiasa ditutup bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

Laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak sebarang aktiviti atau individu yang mencurigakan berada di kawasan kediaman.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!