“Hi admin, kamu terjumpa satu kamera tersembunyi di salah sebuah kedai mamak. Harap semua dapat berhati-hati. Lebih-lebih lagi pada kaum hawa,” demikian kata netizen, Muhammad Khairuldin Zulkefli, yang memuat naik video penemuan kamera pengintip.
Difahamkan, penemuan kamera pengintip berbentuk penyangkut baju itu ditemui di sebuah kedai mamak di Kuala Lumpur.
Berdasarkan video, kamera itu dilekat pada pintu tandas. Curiga dengan penemuan itu, individu berkenaan mencabut ‘penyangkut baju’ itu dan terkejut apabila mendapati benda itu benar-benar mempunyai kamera dan kad memori di dalamnya.