(Video) 'Tak payah nasihat, jadikan penghuni kubur terus!' - Netizen geram Ibu ajak anak-anak berjoget di tanah perkuburan demi content TikTok - The Reporter

(Video) ‘Tak payah nasihat, jadikan penghuni kubur terus!’ – Netizen geram Ibu ajak anak-anak berjoget di tanah perkuburan demi content TikTok

Tular video di media sosial yang menunjukkan seorang ibu dan anak perempuannya berjoget sakan di tanah perkuburan yang dipercayai sedang meniru trend popular di aplikasi TikTok. 

Kedua-duanya yang jelas memakai tudung berjoget bergandingan tangan, bergoyang sambil berjalan ke depan dan belakang, mengikut rentak lagu ‘Aiya Susanti’ yang pernah didendangkan dalam siri animasi Upin dan Ipin. 

Tidak cukup dengan anaknya, wanita itu turut melakukan perbuatan yang sama dengan seorang wanita dewasa yang dipercayai rakannya sebelum mengajak dua lagi kanak-kanak kecil untuk turut serta berjoget. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Indonesia dan netizen di negara ‘Konoha’ itu mengecam perbuatan mereka sekeluarga. 

“Tak perlu dinasihatkan. Jadikan terus sebagai penghuni kubur,:” kata Rina. 

“Dia tak tahu kalau penghuni alam kubur sedang menyaksikan mereka dan pastinya mereka juga akan ditempatkan di situ juga,” kata Suriani. 

“Video pelik-pelik selalunya datang dari TikTok. Mohon kerajaan ban terus aplikasi TikTok ni yang berasal dari China. Aplikasi yang membuatkan orang menjadi semakin bodoh je,” kata Zaskia. 

Sumber: Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!