(Video) Pencuri Telefon Bimbit Diterajang Tepat Di Dada | The Reporter

(Video) Pencuri Telefon Bimbit Diterajang Tepat Di Dada

FOSHAN, CHINA – Seorang penunggang motosikal diterajang tepat di bahagian dada oleh seorang pemandu lori kerana mencuri telefon bimbit milik lelaki berkenaan.
Dalam kejadian Sabtu lalu, pemandu lori berkenaan ternampak suspek telah mencuri telefon bimbit miliknya dari lori. 
Namun pada keesokkan harinya, mangsa ternampak suspek yang menunggang motosikal melalui jalan yang sama dan kali ini dia tidak akan melepaskan suspek buat kali kedua. 
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemandu lori itu berlari ke tengah jalan dan menerajang tepat di dada suspek, sebelum terjatuh. 

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.






Suspek yang turut terjatuh dibelasah oleh lelaki itu beberapa kali. Suspek cuba bangkit, tetapi terjatuh semula kerana gagal mengimbangi badannya. 
Bimbang dicederakan lebih teruk, suspek kemudian menyerahkan kembali telefon bimbit pemandu lori berkenaan. – The Reporter
Leave a Reply
Related Posts