Viral di media sosial video yang menampakkan kelibat bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, bersama seorang individu dan anak kecil di Stesen Keretapi St Pancras International, London, lapor Harian Metro.
Media sebelum ini melaporkan terdapat kemungkinan Musa telah pergi ke Brunei dan Singapura selepas menaiki pesawat menuju ke London.
SPRM sedang menyiasat dakwaan terdapat parti politik ‘membeli’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas PRU14 pada 9 Mei lalu yang menyaksikan persaingan sengit antara Barisan Nasional (BN) Sabah dan Warisan yang masing-masing menang 29 kerusi dari 60 kerusi DUN Sabah.
SPRM dikatakan sedang menyiasat dakwaan BN ‘membeli’ dua ADUN STAR dengan RM20 juta untuk menyertai BN Sabah bagi memberi laluan untuk Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sekali gus membentuk kerajaan.