Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sementara aku menunggu mak di depan Ampang Point, sahaja aku perhatikan perangai pemandu teksi. Masih juga tidak berubah. Aku terfikir untuk merakam dan ini saja kesempatan yang ada aku rakam dalam masa hanya 15 minit.
Sementara aku menunggu mak di depan Ampang Point, saja aku perhatikan perangai pemandu teksi. Masih tidak berubah. Terfikir aku untuk record. Ni je lah yang sempat aku rakam dalam masa hanya 15 minit aku menunggu mak disana. Ini yang dikatakan janji ingin berubah? Ini yang dikatakan Uber menutup periuk nasi kamu? Sedarlah. Lihat sendiri siapa yang menutup periuk nasi siapa. Rezeki pemandu teksi ni datang sendiri. Tapi ditolaknya. Apa salahnya bersusah sikit demi mencari rezeki? Ini tidak. Jalan jammed sikit, tolak customer dan mengeluh. Destinasi dekat, tolak customer dan mengeluh. Sampai bila? Kemudian salahkan orang lain yang mencari rezeki tanpa mengeluh. Salahkan Uber. Salahkan Grabcar. Salahkan customer yang menggunakan Uber/Grabcar. Cerminlah diri. Sikit. Sedarlah.
Posted by Izwan Izzat on Wednesday, January 6, 2016