Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali menegaskan pergaduhan di sebuah bengkel di Taman Putra Perdana, Puchong semalam bukan disebabkan isu perkauman sebaliknya caj baiki kereta yang dikenakan tidak munasabah.
Pemilik kereta bagaimanapun tidak berpuas hati lalu berlaku pertengkaran antara kedua-dua pihak dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pemilik bengkel itu bertindak menyerang mangsa menggunakan parang dan pemadam api.
“Salah seorang mangsa cedera akibat dilibas parang manakala, seorang lagi mangsa pengsan akibat terkena semburan alat pemadam api. Kedua-dua mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Putrajaya dan sudah dibenarkan pulang malam tadi,” kata Abdul Aziz.










