MELAKA – Beberapa lelaki cuba menghalang sekumpulan anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dari merampas mesin kuda mereka, viral di media sosial.
Dalam kejadian petang semalam, tiga lelaki terbabit bertindak biadab dengan memaki hamun anggota MBMB yang melakukan serbuan itu, selain dari menutup jalan keluar dari kawasan itu bagi menghalang mesin kuda mereka dirampas.
Lelaki mengamuk, mesin judi dirampas.
Posted by Nur Eisha Mahathir on Tuesday, April 5, 2016
Beberapa anggota MBMB juga telah ditumbuk menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal seketika.
Menurut netizen, kebanyakan pelanggan premis judi berkenaan adalah anak muda berbangsa Melayu. Justeru, mereka memuji tindakan MBMB yang menyita mesin kuda haram itu. – PIXEL MEDIA