Kesal dengan apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, giliran Dato’ Seri Dr Hajah Vida pula tampil mempertahan dan memberi sokongan kepada rakan niaganya itu.
“Penting atau tak penaja dalam rancangan? Kalau tak ada penaja, macam mana nak bayar semua kos? Penaja datang bawa jutaan duit masuk, cash pula tu. RM2.6 juta (not RM50) duit kalau nak bayangkan, angkat dia seperti dukung budak umur lapan tahun. Bukan senang nak kumpul duit sebanyak itu.
“Dikata menumpang dalam program GG, padahal tak ada penaja, kelaut rancangan walaupun ada penaja lain. Tapi kalau penaja promote produk, kena hentam, annoyinglah, ganggu la. Macam mana nak cari sales kalau tak promote?
“Kasihan Aliff Syukri, jujur nak niaga. Macam saya, asyik kena hentam saja. Saya pula tarik handbrake tahun ini, rest, cari idea baru. Tapi sebab ada jiwa GV, saya gagah pergi juga semalam. Hampes, macam tamu tak diundang walau diundang oleh marketing. Risau dan takut saya buat hal live show mereka ke?
“Kehadiran bagai tamu tak diundang. Nabil, Jihan tiga kali lalu depan saya. Usahkan tegur, pandang pun tak. Ya Allah. Begini rupanya nasib penaja,” kata Vida.
Terdahulu, Aliff meluahkan rasa kecewanya di Instagram berhubung layanan pihak produksi terhadap permintaannya untuk menyanyikan lagu barunya Biar Apa Orang Kata di program Gegar Vaganza 5. Insiden itu membuatkan Aliff terasa dihina dan dilayan seperti budak sekolah sedangkan dia sudah membayar penajaan bernilai jutaan ringgit.
BERITA BERKAITAN: