KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilarikan oleh seorang lelaki dan perempuan di Jalan Astana, Petra Jaya, semalam.
Andai kata org yg mbak haikal ya bniat nk tlg sila hubungi kmk org segera k..kmk org sekeluarga tgh tggu Haikal..video tok mungkin xberapa jelas…siapa2 yg ada maklumat sila hubungi kmk org segera…makseh..
Posted by Bella Luna Shaimi on Monday, March 28, 2016
Menurut Bella, kanak-kanak itu dihantar ke rumah berkenaan oleh ibunya sebelum pergi ke klinik.
“Mungkin dia ingat tiada orang di rumah itu, jadi dia keluar dari rumah dan pergi di depan pondok tersebut. Tiba-tiba dia dihampiri oleh perempuan yang tidak dikenali,” katanya.
Bella juga menafikan dakwaan Mohd J-Mie yang kononnya kanak-kanak itu telah ditemui.
“Tolong jangan sebar berita palsu. Haiqal masih belum ditemui. Ini bukan masalah keluarga atau pergaduhan suami isteri,” katanya. – PIXEL MEDIA