Entah di mana letaknya rasa malu dan segan dua lelaki ini yang sanggup melakukan cabaran ghairah di tempat awam yang jelas sekali memalukan diri mereka sendiri.
Lebih memalukan, dua individu itu membuat cabaran yang tidak senonoh itu di pasar raya, pusat beli-belah, kedai kosmetik dan beberapa lagi tempat lain semata-mata mahu mendapatkan perhatian.
Berdasarkan video, dua individu itu membuat bunyi ghairah ketika berdekatan dengan orang awam terutamanya golongan wanita.
Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan kurang cerdik mereka dan menganggap perbuatan itu mengganggu ketenteraman awam.