Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“Ya Allah, aku baru lepas kena rompak! Tolong saya kawan-kawan. Ini muka perempuan tu, nasib baik aku sempat tangkap gambar,” kata Amirul Nor di Facebooknya yang mendakwa dua unit telefon bimbit yang hendak dijual dirembat oleh seorang wanita.
Tanpa mengesyaki apa-apa, Amirul meminta adiknya menemani wanita itu untuk mengambil duit di keretanya tetapi sebaik tiba di kereta, suspek segera masuk ke dalam kereta dan terus memecut meninggalkan adik mangsa.
Aku dengar adik aku menjerit. Aku mula rasa tak sedap hati dan sah aku dah kena game! Sah handphone kena curi. Memang terkejut, sekelip mata benda ini berlaku.
Jika ada sesiapa yang nak jual handphone S10 5G dua unit dengan nomber iMEI tersebut, sila maklumkan pada saya di talian 017-7475304. Handphone yang saya kena rompak tadi.











