Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dua guru tadika ditahan polis dan disoal siasat selepas didakwa sengaja mendera murid-muridnya dalam kejadian yang berlaku di sebuah tadika di bandar Xi’an, wilayah Shaanxi, China, lapor Daily Mail.
Pan turut terkejut melihat anak lelakinya juga didera suspek. Lebih teruk lagi, anaknya ditikam dengan klip kertas di bahagian lengan, paha, punggung dan belakang badan walaupun anaknya sudah baring di atas katil.
Siasatan awal polis mendapati, objek yang digunakan suspek adalah klip kertas, di mana bahagian hujungnya telah ‘dibuka’ dan digunakan untuk menikam mana-mana murid yang berkelakuan tidak baik sepanjang berada di tadika itu. Suspek turut mengakui telah menikam lebih dari 20 orang murid dengan klip kertas.














