“Dia juga menyatakan bahawa dia sudah ada kupon. Saya menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan yang kemudian berlaku pertengkaran di antara kami.
“Perempuan itu kemudian membawa seorang lelaki dan terus menengking, mengugut mahu menumbuk serta cuba menggigit jari saya,” katanya.
Mangsa cuba menjerit meminta dilepaskan dan menjelaskan bahawa mereka telah menghalang penjawat awam menjalankan tugas, namun tidak diendahkan. Malah lelaki itu dilihat cuba merakam wajah mangsa dalam keadaan cuba memeluknya.
“Saya ambil keputusan untuk beredar, namun perempuan itu telah mengekori saya dengan alasan mahu merakam gambar dan mengambil nama saya. Perempuan itu telah menarik belakang baju dan lelaki tersebut juga menghalang saya daripada beredar,” katanya.
Sementara itu, netizen meluahkan rasa geram terhadap tindakan kurang ajar lelaki dan wanita itu serta meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan berkenaan. – The Reporter