(Video) 'Dia tuduh saya gay!' - Bengang dibuli, lelaki baling troli pasar raya pada pelanggan wanita - The Reporter

(Video) ‘Dia tuduh saya gay!’ – Bengang dibuli, lelaki baling troli pasar raya pada pelanggan wanita

Seorang lelaki nekad membaling troli pasar raya ke arah wanita yang berada di belakangnya menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya di Brazil. 

Lelaki berusia 36 tahun itu membaling troli ke arah mangsa berusia 45 tahun di pasar raya Atacadao Dia Dia di Santo Antonio do Descoberto pada 16 Februari lalu. 

Difahamkan, kedua-dua pelanggan itu sedang beratur di barisan yang sama untuk membuat pembayaran sebelum mereka mula bertengkar. 

“Apa yang saya buat adalah untuk memberi pengajaran kepadannya. Dia juga membuli dan menuduh saya gay,” kata lelaki terbabit. 

Lady kept bumping man with her cart repeatedly and then this happened. pic.twitter.com/tPfp6RDps4

— #TheResistance (@BoneKnightmare) February 25, 2023

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, lelaki itu nekad mengambil troli yang berdekatan lalu diangkat dan dibaling ke arah mangsa. 

Akibatnya, mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk pada kotak berdekatan. Beberapa pelanggan lain yang menyaksikan kejadian itu segera menghulurkan bantuan kepada mangsa. 

Jurucakap polis berkata, suspek dan mangsa saling tidak mengenali antara satu sama lain. Kes direkodkan sebagai kecederaan ringan dan lelaki itu dibebaskan. Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang pada hari yang sama. 

Sementara itu, ada sumber yang mendakwa mangsa tidak mengawal penjarakan menyebabkan trolinya kerap melanggar badan lelaki itu sehingga tercetuskan pertelingkahan di antara mereka. 

Netizen berpendapat insiden sedemikian sememangnya sering berlaku di pasar raya dan orang ramai sepatutnya mengamalkan penjarakan sosial untuk mengelakkan pelanggan lain berasa kurang selesa. 

Sumber: Daily Mail

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!