Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular di media sosial hari ini video menunjukkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, terbabas di tepi jalan.
Menurut saksi kejadian, mereka menyangka kereta tersebut dipandu oleh orang dewasa di bawah pengaruh alkohol. Namun setelah diperiksa, alangkah terkejut apabila mereka mendapati kereta itu dipandu oleh kanak-kanak berkenaan.
Ketika ditemui, kanak-kanak itu turut membawa adiknya bersama dalam kenderaan itu tanpa pengetahuan ibu bapanya, dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Langkawi, Kedah.
Semasa disoal, kanak-kanak itu memaklumkan dia dan adiknya mahu pergi ke kedai untuk membeli mainan dan dianggarkan telah memandu kenderaan itu sejauh 2.5 kilometer.
Adik baju merah: “Tadi saya nak pergi ke kedai.
Orang awam: “Allahuakbar.. kami ingatkan orang mabuk. Mak bapak dia tak tau ka? Mama mana?”
Adik: “Ada dalam rumah”.
Perbuatan dua beradik itu mengejutkan orang ramai dan ada yang mempersoalkan di mana keberadaan ibu bapanya semasa kejadian itu berlaku.
“Mak ayah dia tidur ke? Sebab macam dah lewat malam atau mak ayah dia tak ada kat rumah?” komen H.
“Parents boleh dikenakan tindakan ni sebab cuai. Mujur budak ini selamat,” komen Muniwa.
“Sampai sekarang aku tak boleh fikir macam mana dia boleh pandai undurkan kereta masa nak bawa keluar kereta itu dari rumah. Pandai betul,” komen Cik Nor.
“Aku nak cakap lebih-lebih, aku pun ada anak kecil lelaki dua orang. Semoga mak pak budak ini dipermudahkan urusan sebab mereka akan dikenakan tindakan,” komen Zulaikha.