Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terperangkap di jeriji penghawa dingin di luar rumahnya di tingkat tujuh sebelum diselamatkan oleh bapanya, lapor Daily Mail.
Kanak-kanak itu terbangun dari tidur dan mendakwa terdengar bunyi bising di ruang tamu, menyangka rumahnya dipecah masuk menyebabkan dia berasa takut lalu segera memanjat keluar dari tingkap serta berpaut pada jeriji penghawa dingin di tingkat enam.
Bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu, si bapa mengambil keputusan untuk memanjat keluar untuk mendapatkan anaknya, biarpun tidak memakai sebarang peralatan keselamatan.
Meskipun tindakan berani si bapa dipuji ramai pihak, namun bomba menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri yang membahayakan nyawa dan tidak memanjat di tempat tinggi seperti itu tanpa sebarang peralatan yang bersesuaian.














