ARAB SAUDI – Dua pengebom berani mati dilaporkan telah meletupkan diri mereka luar perkarangan Masjid Shiite, Qatif dan letupan kedua di luar Masjid Nabawi, Madinah dalam kejadian yang baru berlaku pada Isnin (waktu tempatan).
Lapor AFP, dalam serangan pertama, seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya di luar Masjid Shiite, timur Arab Saudi, tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.
“Memang pengebom berani mati. Saya dapat melihat cebisan badan manusia di merata tempat kejadian,” kata seorang saksi letupan pertama yang berlaku di luar Masjid Shiite.
Nasima al-Sada berkata, “seorang pengebom nberani mati meletupkan dirinya berdekatan dengan masjid. Tiada orang awam yang cedera,” katanya.
Dalam letupan kedua pula berlaku pada hari yang sama, awal pagi Isnin, berhampiran bangunan Konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, menyebabkan dua pengawal keselamatannya cedera.
Letupan kedua itu berlaku sebaik saja waktu iftar.
Lapor sumber, pengebom terbabit terdahulu dilihat berlegar-legar di perkarangan tempat letak kereta, sebuah hospital, beberapa meter dari bangunan Konsulat Amerika Syarikat. Pegawai keselamatan yang curiga melihat kelakuan lelaki itu bertindak menghampirinya menyebabkan lelaki itu terus meletupkan dirinya. – PIXEL MEDIA