Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“Saya nak tengok semua rakaman CCTV sekarang. Tolonglah, terima kasih,” demikian kata seorang lelaki yang gelisah selepas mendapati anak perempuan berusia tiga tahun hilang.
Dalam kejadian di pusat beli-belah Paradigm Mall Johor Bahru, lelaki berkenaan meminta pihak pengawal keselamatan mencari anaknya yang telah hilang.
Bagaimanapun, salah seorang ahli keluarganya tampil memaklumkan kanak-kanak perempuan itu telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
“Assalamualaikum kepada semua yang berada di Paradigm Mall JB petang tadi yang membantu mencari anak yang hilang.
“Alhamdulillah dan syukur anak telah dijumpai. Kami mengucapkan terima kasih pada yang membantu dan terlibat dalam usaha mencari pada petang tadi. Terima kasih banyak-banyak dari kami sekeluarga,” kata Atiq Khairy.