Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Atlet sukan memanjat Indonesia, Veddriq Leonardo, berjaya meraih pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 pada Khamis.
Kemenangan tersebut juga menyumbang emas pertama buat Indonesia.
Dalam perebutan pingat emas dan perak di Olimpik Paris 2024, Veddriq mencatatkan masa 4.75 saat dan menewaskan pemenang pingat perak dari China, Wu Peng (4.77s), manakala wakil Amerika Syarikat (AS), Sam Watson meraih gangsa.
Pertarungan dilihat sengit apabila perbezaan masa antara Veddriq dan Wu Peng hanya 0.02 saat.
Atlet yang berasal dari Pontianak itu berjaya menyamai rekod dunia pendaki dari Amerika Syarikat, Sam Watson.
Rekod masa terpantas ini sebelum ini dicatatkan oleh Sam Watson di Piala Dunia di China awal tahun ini.
Ketika bertanding dengan pendaki dari Iran, Ali Pour, Sam Watson mencatatkan masa terbaik 4.74 saat.
Sumber: tribunnews








