Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pembesaran terbantut kanak-kanak tidak seharusnya dipandang ringan kerana membawa kesan kepada fizikal, pembelajaran dan juga sosial kanak-kanak tersebut.
Oleh yang demikian, ibu bapa disaran memberikan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak demi tumbesaran yang sihat.
Usaha yang dibuat oleh petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipuji ramai apabila ‘turun padang’ membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa apabila berdepan dengan masalah pembesaran terbantut anak-anak.
Menerusi perkongsian oleh TikTok sshashalina, petugas kesihatan dari Klinik Desa Kempadang melakukan lawatan ke rumah penjaga untuk menunjukkan demostrasi masakan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut.
“Selalu jumpa di klinik, so curi masa untuk ke rumah. Terima kasih banyak-banyak kepada sister Murni dan staf Klinik Desa Kempadang untuk lawatan rumah dan demo masakan.
“Sayangnya kita pada kanak-kanak terjah ajar sampai ke dapur. Tak semua tahu tapi kita buat untuk kanak-kanak nak bagi naik beratnya,” katanya.
Difahamkan, lawatan yang dibuat bersama Pegawai Sains Makanan ke rumah kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan sahaja.
Menerusi video berkenaan, petugas kesihatan menunjukkan demo memasak cucur atau jemput-jemput yang diletakkan dengan pelbagai jenis sayuran.