'Usah normalisasikan majlis graduation sekolah secara berlebihan' - Ramai ibu bapa luah bebanan kos majlis hotel & baju tema - The Reporter

‘Usah normalisasikan majlis graduation sekolah secara berlebihan’ – Ramai ibu bapa luah bebanan kos majlis hotel & baju tema

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Majlis konvokesyen kini bermula di peringkat tadika hingga peringkat sekolah menengah dan kebanyakan pihak sekolah memilih untuk mengadakan majlis tersebut di hotel.

Situasi ini juga menjadi rungutan ibu bapa yang melihat isu ini sebagai satu bebanan yang tidak diperlukan.

Ibu bapa tanggung kos ratusan ringgit

“Bukan sikit kosnya, selain dari kos hotel dan makanan, kadang ada tema yang wajib dipatuhi juga. Beratus juga nak membayarnya.

“Bila tak ada bajet, disuruh ajk PIBG minta sumbangan dan derma. Buatlah surat minta dari surau atau orang perseorangan untuk menderma. Minta sana sikit, sini sikit untuk mencukupkan jumlahnya.

Kemudian disuruhnya budak-budak sebarkan surat minta derma kepada ibu bapa yang gajinya sedikit besar. Alasannya nak bagi budak B40 merasa sama.

“Kalau dah memang tak mampu, mengapa beria nak dibuat kat hotel juga Kesianlah kat orang yang kurang mampu atau berada. Itulah masalahnya mentaliti sesetengah orang kita,” kongsi lelaki ini.

Usah buat secara berlebihan

Seperti perkongsian seorang wanita ini juga, dia tidak bersetuju majlis konvokesyen pelajar sekolah dibuat secara berlebihan.

“Saya tak setuju dengan budaya graduation yang berlebihan di sekolah. Buat yang simple sahaja dah memadai. Buat saja di sekolah. Pakai baju apa yang ada. Tak payah bertema bagai. Atau tak payahlah buat pun. Bagi saja bebudak ni graduate kat U nanti.

“Semalam saya membawa seorang anak asnaf tingkatan 5, ke AEON Nilai untuk membeli sepersalinan baju ke graduationnya pada hari Jumaat ini. Beliau tak ada pakaian yang sesuai langsung tetapi sudah tentulah mahu menyertai juga,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu juga, dia berpendapat idea kreatif dapat diserlahkan oleh para pelajar untuk membuat satu ruangan mengambil gambar tanpa keluar dari sekolah.

“Sekolah ni ada ratusan budak yang kreatif. Buatlah satu sudut yang cantik di sekolah untuk ambil gambar kelas. Tak payah keluar dari sekolah pun nak ambil gambar kelas. Kat situ je,” katanya.

Sumber:Mohd Ezairol Rezan Zainol, Normaliza Mahadi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!