US kerah 2,000 anggota & asetnya untuk bantu Israel daripada serangan Iran, China kerah 6 kapal perangnya ke Timur Tengah - The Reporter

US kerah 2,000 anggota & asetnya untuk bantu Israel daripada serangan Iran, China kerah 6 kapal perangnya ke Timur Tengah

Gambar sekadar hiasan

Amerika Syarikat (US) dilaporkan telah mengerahkan 2,000 anggota dan aset ketenteraannya untuk membantu Israel mempertahankan negara haramnya itu dalam berdepan dengan serangan daripada proksi Iran.

Lapor The Jurusalem Post, Israel sedang berusaha mengelakkan peperangan dengan kumpulan pejuang yang disokong Tehran.

Senator US, Lindsey Graham memberi amaran kepada Iran bahawa, “jika perang ini berkembang, ia akan datang ke halaman rumah anda,” katanya ketika sidang akhbar di Tel Aviv.

Setiausaha Pertahanan US Lloyd Austin sebelum ini dilaporkan berkata, bahawa Washington akan menghantar lebih banyak aset ketenteraan ke Timur Tengah untuk menyokong Israel dan untuk mengukuhkan pertahanan US di rantau itu.

China kerah 6 kapal perangnya ke Timur Tengah

Sementara itu, China telah mengerahkan enam kapal perangnya ke Timur Tengah, termasuk kapal pemusnah peluru berpandu, di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu berikutan perang berterusan antara Israel dan Palestin.

Lapor South China Morning Post, kapal perang berkenaan termasuk Zibo, pemusnah peluru berpandu Type 052D, frigat Jingzhou dan kapal bekalan bersepadu Qiandaohu, adalah sebagaian daripada pasukan petugas pengiring tentera laut ke-44 PLA.

Langkah itu dibuat pada masa US menghantar USS Gerald R Ford, bersama dengan kumpulan pertempuran ke rantau Asia Barat.

Pada 14 Oktober, enam kapal perang berkenaan telah meninggal pelabuhan menuju ke lokasi yang tidak dinyatakan, seperti yang dilaporkan media China.

Lebih dari 4,300 penduduk Palestin dilaporkan maut di Gaza, termasuk mangsa letupan bom di hospital. Israel juga menyasarkan masjid yang dipercayai menjadi tempat berkumpul dan berlindung kumpulan Hamas yang telah melancarkan serangan terhadap mereka sejak 7 Oktober lalu.

Sumber: Malaysia Gazette, South China Morning Post

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!