Pelakon Uqasha Senrose tampil membuat pendedahan mengejutkan, memaklumkan beliau dan anak mereka telah didera oleh suaminya, Kamal Adli, sepanjang perkahwinan mereka.
Menurut Uqasha, beliau mengalami penderaan fizikal sejak mengandung, malah anaknya turut menjadi mangsa.
“Masa mengandung pun dia boleh pukul saya lagi. Dia pukul saya, dera anak saya. Saya diam je. Tak pernah cakap apa-apa,” ujarnya.
Uqasha berkata, beliau mempunyai bukti berupa gambar dan video, namun memilih untuk tidak menjadikan perkara ini isu besar. Beliau turut mendedahkan bahawa suaminya tidak boleh ditegur dan tidak ada toleransi dalam menjaga anak.
Beliau menambah, rumah tangga mereka seperti rumah bujang, di mana lelaki lain keluar masuk rumah, membuatkan beliau tiada privasi bersama anak.
“Saya kena caci maki setiap hari. Keluarga Kamal tahu saya dipukul. Saya dah bagitahu ayah dia. Saya tak bagitahu ibu saya sebab saya tak nak orang tak suka suami saya,” jelasnya.
Baca juga:
- Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu
- Pelakon wanita mengaku tak bersalah kes tuntutan palsu insentif PERKESO
- ‘Kalau kita jujur dalam bekerja, kita ke syurga’ -Pesanan Cik Man
Lebih mengejutkan, Uqasha mendakwa Kamal pernah menuduh beliau mental dan gila, malah menyatakan perceraian berlaku ketika beliau dikatakan “tidak waras”.
Beliau mempertikaikan kenyataan itu dan mempersoalkan maksud kasih sayang suaminya.
“Kalau betul dia suami yang baik, dia tak akan cakap saya mental, gila. Itu ke apa yang dia kata dia sayang isteri, sayang anak?” soalnya.
Sumber: Utusan Online








