Upstream: Bawa kisah perjuangan, pengorbanan lelaki bergelar anak, suami dan bapa - The Reporter

Upstream: Bawa kisah perjuangan, pengorbanan lelaki bergelar anak, suami dan bapa

Sumber Gambar: Netflix

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kata orang, jika hidup bujang tidak sesukar tanggungjawab yang digalas oleh seorang lelaki yang bergelar anak, suami dan juga bapa.

Filem tular, Upstream menceritakan segala-galanya bagaimana apabila seorang lelaki diuji dengan dugaan berdepan dengan pelbagai kemelut yang menghantui dirinya termasuk kesihatan diri dan keluarga.

Upstream mengisahkan Gao Zhilei, seorang pengaturcara pertengahan umur yang dibuang kerja dan terpaksa menceburi dunia penghantaran makanan untuk menyara keluarganya.

Walaupun filem berkenaan lebih mempertontonkan pekerjaan Gao Zhilei sebagai penghantar makanan, namun beberapa konflik yang tercetus membuatkan cerita ini lebih dramatik dengan mengangkat elemen kekeluargaan, persahabatan dan kerja berpasukan.

Dalam filem ini juga menyedarkan penonton bahawa inidvidu tidak sepatutnya memperlekehkan mana-mana pekerjaan walaupun dilihat mudah pada pandangan mata.

Menerusi watak Gao juga, penonton diperlihatkan tekanan dan risiko yang dihadapi oleh pekerja penghantaran, termasuk persaingan sengit, waktu kerja yang panjang, dan bahaya di jalan raya.

Pun begitu, menerusi ulasan di media sosial, ramai yang mengatakan terkesan dengan cerita ini lebih-lebih lagi apabila bercerita mengenai tanggungjawab seorang bapa dan juga suami yang ingin melengkapkan keperluan seisi rumah.

Sumber: Netflix

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!