UPSI berduka: Suasana kelas bertukar pilu, pensyarah luah kesedihan | The Reporter

UPSI berduka: Suasana kelas bertukar pilu, pensyarah luah kesedihan

Suasana sedih di kampus UPSI selepas kemalangan melibatkan lima pelajar Jabatan Pengajian Islam, dua daripadanya terkorban.
Lima pelajar Jabatan Pengajian Islam UPSI terlibat dalam kemalangan. Dua terkorban, tiga lagi cedera dan seorang kritikal. Gambar: Harian Metro, FB Dr. Zulfiqar Shah A. Hadi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Nahas jalan raya yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi Isnin, meruntun hati rakyat Malaysia. Kejadian tragis itu mengejutkan seluruh negara.

Siapa sangka, kepulangan mereka dari kampung selepas bercuti bertukar menjadi berita duka. Hasrat menyambung perjuangan menuntut ilmu berakhir dengan pemergian yang tidak disangka-sangka. Yang tinggal hanyalah jasad tidak bernyawa.

Momen menyayat hati ini bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa, malah turut memberi kesan mendalam kepada para pensyarah di UPSI.

Profesor Madya Dr. Zulfiqar Shah A. Hadi, menerusi satu hantaran di Facebook, meluahkan kesedihan yang amat mendalam sejurus menerima perkhabaran tersebut. Menurutnya, suasana kelas pada hari kejadian bertukar pilu apabila berita kemalangan dimaklumkan.

“Permulaan kelas tadi, suasana pilu di UPSI. Sungguh kami berduka.

“Lima mahasiswa anak didik kami di Jabatan Pengajian Islam, FSK UPSI terlibat dalam kemalangan ini, dan dua daripadanya telah meninggal dunia. Seorang cedera kritikal dan telah menjalani pembedahan segera di kepala.

“Seorang lagi mengalami kecederaan serius, manakala seorang lagi patah tangan. Semoga Allah memudahkan segalanya,” katanya dalam nada penuh hiba.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 15 individu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di laluan tersebut.

Related Posts