Uniqlo siasat dakwaan tular - The Reporter

Uniqlo siasat dakwaan tular

Sumber Gambar: Laman web Uniqlo

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jenama pakaian terkenal dari Jepun, Uniqlo memaklumkan akan menyiasat dakwaan tular mengenai tuduhan daripada pekerja dan juga bekas pekerja.

Pengurus Perhubungan Awam dan Kelestarian Uniqlo, Zoe Liew berkata, pihak mereka akan mengambil tindakan sewajarnya selepas meneliti fakta yang berkaitan.

“Uniqlo sedar akan sentimen yang sedang tular di media sosial dan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas meneliti fakta berkaitan perkara ini,” katanya.

Uniqlo juga menegaskan komitmen mereka untuk memastikan tempat kerja yang adil dan penuh rasa hormat untuk semua pekerja, selain memberi perhatian serius terhadap semua maklum balas yang diterima daripada bekas dan pekerja semasa syarikat.

Terdahulu, akaun rasmi Instagram Uniqlo Malaysia diserang oleh beberapa individu yang dipercayai bekas pekerja butik tersebut. Rata-rata mereka berkongsikan pengalaman tentang pihak atasan terlibat dalam perlakuan buli, pilih kasih, dan layanan buruk terhadap pekerja.

Sebelum itu, Uniqlo menjadi perhatian ramai apabila ada yang berkongsikan keistimewaan gaji yang diperoleh di Uniqlo berbanding butik jenama lain yang mendorong ramai mahu mencuba bekerja di sana.

Sumber: Sinar Daily

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!