Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
UMNO Puchong memberi bayangan jelas akan memutuskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di kawasan berkenaan sekiranya Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, gagal memadam satu hantaran media sosial yang didakwa meraikan kegagalan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Amaran itu disuarakan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Imran Tamrin, yang menegaskan keputusan memutuskan hubungan politik di peringkat Parlimen Puchong akan dilaksanakan sekiranya tuntutan tersebut tidak dipenuhi dalam tempoh 24 jam.
Baca juga:
- 24 jam atau putus kerjasama, UMNO Puchong desak Yeo Bee Yin padam hantaran Najib
- Pemimpin DAP cadang perbincangan pengampunan penuh Najib
- ‘Tiada keperluan bersimpati dengan penjenayah’ – Tony Pua
Menurut Imran, langkah memutuskan kerjasama dengan PH itu merupakan pendirian UMNO Puchong di peringkat tempatan dan tidak melibatkan keputusan rasmi UMNO atau Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional. Namun, beliau mengakui isu tersebut berpotensi dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 14 Januari ini.
Sidang media serta penyerahan memorandum berkaitan tuntutan itu diadakan di hadapan pusat khidmat Parlimen Puchong di Seri Kembangan dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook UMNO Selangor.
Kritikan politik terus memuncak
Hantaran yang mencetuskan kontroversi itu dimuat naik Yeo Bee Yin selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Beberapa pemimpin BN dan UMNO turut tampil mengecam kenyataan tersebut, termasuk Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh serta Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias.
Untuk rekod, Najib Razak dipenjarakan sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Sumber: New Straits Times









