Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Walaupun hanya di rumah sendiri, keselamatan juga harus
dititikberatkan. Apatah lagi sekiranya kita mempunyai anak-anak kecil di rumah. Ruangan
dapur merupakan tempat yang paling dirisaukan. Benda-benda tajam, gas, api dan
sebagainya perlu sentiasa diawasi.
Seorang wanita berkongsikan satu insiden kebakaran kecil
yang berlaku di rumahnya. Mujur ketika kejadian dia berada di rumah. Hasil
siasatan yang dijalankan oleh pihak Bomba mendapati, punca kebakaran adalah
disebakan oleh hos wayar gas yang sudah bocor.
Nasib juga menyebelahi mereka sekeluarga apabila mereka ada
menyimpan alat pemadam api dan keluarga ini juga telah dibantu beberapa
orang lelaki yang kebetulan ketika itu sedang menyiapkan rumah jiran.
DUGAAN hari ini, dapur terbakar. Masa
menaip ni pun, debar di dada masih belum hilang. Tangan pun masih ketar lagi.
2.15 petang, Cik Sue tengah tengok TV dengan anak-anak kat
ruang tamu. Tiba-tiba Abang Irfan jerit, “Umi, api!”. Cik Sue bangkit
dan tengok api di dapur belah kiri dah marak sampai ke atas.
Allah je tahu perasaan Cik Sue masa tu. Dengan anak-anak
duk main dekat ruang tamu lagi. Dik Hannah duk ralit bergayut kat sofa. Cik Sue
cuba tenangkan diri, ingat Cik Sue lupa tutup api. Tapi bila check, dapur tu
elok je tertutup.
Masa tu dah start panik. Mujurlah ada dua orang abang
tukang yang tengah siapkan rumah kat sebelah rumah Cik Sue ni. Cik Sue jerit
sekuat hati minta diorang datang tolong. Air mata dah laju mengalir.
Abang-abang tu berlari masuk dalam rumah. Asap dah tebal dan alarm pun dah berbunyi. Cik Sue masuk dalam bilik tidur, ambil fire
extinguisher, terus Cik Sue hulur kat diorang.
Mulanya ingatkan api tu dekat atas dapur tu je. Rupanya
bila abang tu buka kabinet, api dah marak menyala kat tepi tong gas!
Allahuakbar. Rasa nak pitam masa tengok. Mujur tak meletup!
Abang tu pantas bertindak, terus sembur fire extinguisher
tu kat punca api dan lepas 5 saat, api padam. Masa tu, ada bunyi desir kuat
kedengaran. Abang yang sorang lagi pun terus tutup kepala gas tu.
Allah masih bagi peluang pada kami empat beranak. Kalau
abang tu tak ada, memang Cik Sue tak mampu buat apa. Mampu tengok je. Masa tu,
otak tak mampu nak fikir langsung.
Selepas keadaan dah reda, Cik Sue call encik suami sambil menggigil
tahan dari menangis. Suami telefon Bomba, dalam 15 minit dia datang. Bila dia
check, katanya hos paip tu dah bocor. Gas duk berkumpul bawah kabinet. Bila Cik
Sue buka suis elektrik, terus dia spark api.
Katanya lagi, nasib baik rumah Cik Sue dah ada fire
extinguisher tu. Kalau tunggu bomba sampai, alamatnya lagi besar api. Silap-silap
bomba sampai, rumah dah hangus dijilat api. Dahlah laluan ke rumah kami ni tak ada jalan besar. Hanya ada tali air, jadi jentera bomba memang takkan boleh masuk.
Jadi sebagai persediaan sebaiknya wajib ada Fire Extinguisher ni, sebaiknya jenis yang 9
kilogram itu.
Lepas ni, dia pesan suruh beli hos hitam yang bergetah.
Katanya walaupun mahal sikit, tapi lebih berkualiti dan selamat sebab dia
bergetah, elastik dan tak mudah patah. Bila dah jadi macam ni, Cik Sue dah tak
kisah pasal harga. Kalau harga lebih RM1,000 pun Cik Sue sanggup beli daripada
tengok satu rumah dijilat api.
Teringat perasaan masa tengah panik tengok api besar tu.
Dalam hati duk jerit, “Allah, bagi aku peluang ya Allah. Aku tak nak mati
lagi ya Allah. Aku takut ya Allah. Tolonglah jangan ambil lagi nyawa aku, aku
belum bertaubat ya Allah”
Perasaan itu Cik Sue takkan lupa. Takut yang teramat sebab
sedar diri ini masih berselut dengan dosa. Semoga pengalaman ini dapat dijadikan iktibar buat sahabat
Cik Sue semua.
Sumber: Nur Suhaili



















