Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengejutkan dunia apabila tampil dengan ucapan berapi di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, semalam. Beliau lantang mengkritik dasar imigresen terbuka dan menuduh negara-negara yang mengamalkannya sedang “menuju ke neraka”.
“Apabila penjara kamu dipenuhi pencari suaka yang membalas kebaikan dengan jenayah, sudah tiba masanya hentikan eksperimen ini. Kamu mesti hentikannya sekarang. Saya boleh beritahu kamu, saya memang pakar dalam hal ini. Negara kamu sedang menuju ke neraka.”
“Sebaik sahaja kami mula menahan dan menghantar pulang semua yang melintasi sempadan, serta mengeluarkan pendatang tanpa izin dari Amerika Syarikat, mereka terus berhenti datang. Mereka tidak datang lagi.”
“Sangat malang saya yang perlu lakukan perkara-perkara ini dan bukannya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jika begitu keadaannya, apakah tujuan PBB?”
Baca juga:
- Trump janji halang Israel rampas wilayah Tebing Barat
- Budak 11 tahun masuk hospital selepas dipaksa belajar 14 jam tanpa henti
- Itali & Sepanyol hantar kapal tentera laut bantu GSF
Dari nobel ke kartel dadah
“Saya telah menamatkan tujuh peperangan yang kononnya tidak boleh ditamatkan melalui diplomasi Amerika Syarikat. Apa yang saya peduli bukan memenangi anugerah, tetapi menyelamatkan nyawa.”
“Kepada setiap samseng pengganas yang menyeludup dadah beracun ke Amerika Syarikat, sila ambil perhatian bahawa kami akan hapuskan kamu dari muka bumi.”
Nada berubah ketika bersama Guterres
“Negara kami menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 100 peratus. Saya berterima kasih kerana melayan kami dengan begitu mesra.
“PBB adalah satu peluang besar untuk keamanan. Saya mungkin tidak bersetuju kadang kala tetapi saya sangat menyokongnya kerana saya fikir potensi untuk keamanan bagi institusi ini sangat besar,” tegasnya. – Agensi